Mengapa kekal melabur sentiasa berbaloi?

Published on
January 17, 2025

Manusia secara semula jadi cenderung untuk meramalkan sesuatu. Daripada cuba meneka bila jalan raya akan kembali lancar semasa perjalanan balik kampung hingga memutuskan sama ada perlu membawa payung pada hari yang cerah, kita secara naluri ingin mengetahui masa depan agar dapat merasa lebih terkawal.

Naluri ini turut terbawa-bawa ke dalam dunia pelaburan. Masih ramai antara kita yang percaya bahawa kita boleh menyusun strategi dan meramalkan pasaran (juga dikenali sebagai “timing the market”), dengan berdagang secara aktif — beli pada harga rendah, jual pada harga tinggi — untuk memaksimumkan pulangan. Tetapi, jujurlah, berapa kerap ramalan kita tentang cuaca, trafik, atau pasaran saham benar-benar menjadi kenyataan?

Kenapa kita suka sangat untuk meramal?

Kita secara semula jadi diprogram untuk mengelak ketidaktentuan dan kekaburan; otak kita memang direka begitu. Sebagai contoh, semasa perjalanan balik kampung, ramai keluarga memilih untuk bertolak pada waktu janggal bagi mengelak kesesakan, tetapi akhirnya tetap terperangkap dalam trafik kerana hakikatnya ramai orang lain berfikiran sama.

Sejak kecil, kita secara naluri cuba memahami ketidaktentuan dengan mencipta penjelasan yang munasabah. Apabila kita membentuk penjelasan ini, kita cenderung untuk berpegang padanya kerana ia memberikan rasa kawalan yang menenangkan, walaupun sebenarnya tidak tepat.

Perkara ini juga lazim dalam pelaburan — ramai yang didorong oleh ketakutan dan keinginan untuk mengelakkan kerugian sering mengambil langkah untuk meramalkan dan mengatasi pasaran. Dengan kata lain, mereka berusaha untuk sentiasa mendahului pasaran.

Pakar Pun Bergelut — Perlukah Kita Bersusah Payah?

Malah pengurus dana berpengalaman dan pedagang harian, dengan  alat yang pelbagai dan kepakaran mereka, sering gagal untuk  mengatasi prestasi pasaran secara konsisten. Menurut laporan SPIVA, majoriti dana yang diurus secara aktif mencatatkan prestasi yang lebih rendah berbanding indeks penanda aras (sekumpulan saham) dalam jangka masa panjang.

Berikut adalah risiko utama dalam percubaan anda untuk aktif berdagang dan 'meramalkan masa pasaran':

  • Keputusan berdasarkan emosi
    Kebanyakan pelabur mungkin tidak mahu mengakuinya, tetapi realitinya, menentukan masa yang tepat untuk pasaran sering membawa kepada keputusan yang didorong oleh ketakutan atau ketamakan, bukannya logik. Apabila harga jatuh, ketakutan boleh mendorong anda untuk menjual. Apabila harga meningkat, ketamakan boleh mendorong anda untuk membeli pada harga puncak. Semasa kejatuhan pasaran, anda mungkin panik dan menjual semuanya, menyebabkan kerugian terkunci. Kemudian, apabila harga pulih, anda mungkin membeli semula pada harga yang lebih tinggi, menyebabkan kerugian berganda.
  • Kesibukan hanya akan menelan kos lebih banyak
    Mantra “beli rendah, jual tinggi” sering mengabaikan satu hakikat penting — jika anda melakukannya terlalu kerap, kos transaksi (dikenakan oleh broker atau peniaga) akan mengurangkan pulangan anda. Dengan itu, anda juga perlu menghasilkan pulangan yang cukup besar untuk mengimbangi yuran dan kos ini.
  • Terlepas hari-hari terbaik
    Menentukan masa yang tepat untuk pasaran sering bermakna masuk dan keluar berdasarkan ramalan. Masalahnya? Tiada siapa tahu bila "hari terbaik" pasaran akan berlaku. Bayangkan anda keluar dari pasaran (membuat pengeluaran) kerana anda fikir harga akan jatuh sama ada kerana takut kerugian atau merancang untuk membeli pada harga lebih rendah. Tiba-tiba, pasaran melonjak, dan anda terlepas kenaikan 5% dalam satu hari. Terlepas hanya beberapa hari ini boleh mengurangkan pulangan keseluruhan anda dengan ketara. Kami telah ilustrasikan bagaimana ini boleh menjadi mahal dari masa ke masa di sini.

Walaupun terdapat kelemahan utama ini, kebanyakan daripada kita cenderung untuk cuba 'mengatasi' orang lain dan pasaran, yang mungkin tidak membawa manfaat dalam jangka masa panjang. Mungkin pilihan yang  lebih bijak adalah mengambil pendekatan yang lebih 'pasif' atau memerlukan kurang usaha dalam pelaburan.

Fokus Pada Hasil, Masa Adalah Kekuatan Anda

Jadi, jika anda seperti pelabur lain yang ingin mendapatkan pulangan besar daripada pelaburan anda, berikut adalah beberapa strategi yang boleh diamalkan:

  • Tetapkan matlamat anda dan berpegang padanya
    Seperti mana-mana perjalanan yang ingin anda tempuhi, anda perlu menetapkan destinasi. Begitu juga dengan pelaburan, menetapkan matlamat adalah langkah paling penting apabila anda mula melabur. Pelaburan tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa, dan tempoh untuk mencapai matlamat tersebut juga perlu munasabah. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah berpegang kepada rancangan itu. Seperti kata-kata terkenal oleh Warren Buffet, pakar pelaburan, “Jika anda tidak sanggup memiliki saham selama 10 tahun, jangan fikir untuk memilikinya walaupun selama 10 minit.”
  • Biarkan pelaburan bekerja untuk anda, jangan usik perjalanan itu
    Setelah anda menetapkan matlamat dan memperuntukkan wang untuk mencapainya, kuasa penggandaan akan mula berfungsi. Seperti seorang pekerja tekun yang telah anda tetapkan matlamatnya, biarkan ia bekerja tanpa gangguan. Ini bermakna anda perlu mempunyai wang kecemasan yang berasingan dan tidak mengeluarkan pelaburan tersebut melainkan benar-benar diperlukan — iaitu apabila anda telah mencapai matlamat yang ditetapkan.
  • Kecelaruan sementara, kejayaan besar di masa depan
    Ia adalah mudah untuk terpesong sepanjang perjalanan pelaburan anda, terutamanya dengan berita tentang pasaran yang naik (atau turun). Ini adalah gangguan yang boleh mempengaruhi emosi anda — sama ada rasa takut ketinggalan atau kerugian, terutamanya jika anda bertindak berdasarkan berita tersebut. Penting untuk diingat bahawa tempoh pelaburan biasanya diukur dalam tahun, bukan dalam hari atau bulan. Jadi, pergerakan pasaran biasanya hanyalah gangguan kecil dalam skema besar, dan secara umumnya ia cenderung bertambah baik dari masa ke masa. Cara terbaik adalah menjadikan masa, bukan emosi, sebagai sahabat anda dalam pelaburan, dan manfaatkan sepenuhnya strategi dollar-cost averaging.

Apa yang patut saya lakukan?

Kekal dalam pasaran. Walaupun anda melabur pada masa yang paling buruk, manfaat jangka panjang daripada kekal melabur jauh melebihi risiko cuba menentukan masa pasaran. Meramalkan pasaran adalah seperti meramalkan kesesakan lalu lintas — kadang-kadang anda betul, tetapi kebanyakan masa, anda tidak.

Daripada cuba menentukan masa tepat untuk pasaran, fokus pada masa di dalam pasaran. Dalam jangka masa panjang, pulangan berganda dan konsistensi akan  berkerja keras, memastikan kekayaan anda berkembang dengan stabil.

Risk Warning: Equity investments are not readily realisable and involve risks, including loss of capital, illiquidity, lack of dividends and dilution, and it should be done only as part of a diversified portfolio. Investments of this type are only for investors who understand these risks. You will only be able to invest in the company once you have met our conditions for becoming a registered member.

Please visit www.wahed.com/uk/ventures/risk for our full risk warning.

Risk Warning: As with any investment, a Wahed Invest Ltd investment puts your money at risk, as the value of your investment can go down as well as up. The tax treatment of your investment will depend on your individual circumstances and may change in the future. If you are unsure about whether investing is right for you, please seek expert financial advice.

Please visit www.wahed.com for our full terms and conditions

Maydan Capital Limited, trading as WahedX, is registered in England and Wales (Company No. 13451691), registered office: 87-89 Baker Street, London, W1U 6RJ, UK. Maydan Capital Ltd (FRN: 963613) is an appointed representative of Wahed Invest Ltd (FRN: 833225), an authorised and regulated firm by the Financial Conduct Authority.Wahed Invest Ltd. is registered in England and Wales (Company No. 10829012), registered office: 87-89 Baker Street, London, W1U 6RJ, UK and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority: FRN 833225.

Subscribe For More Islamic Finance Content

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.


As with any investment, a Wahed Invest Ltd investment puts your money at risk, as the value of your investment can go down as well as up. The tax treatment of your investment will depend on your individual circumstances and may change in the future. If you are unsure about whether investing is right for you, please seek expert financial advice.

Wahed Invest LLC (Wahed) is a US Securities and Exchange Commission (SEC) registered investment advisor. Wahed Invest provides brokerage services to its clients through its brokerage partner Apex Clearing Corporation, a member of NYSE - FINRA - SIPC and regulated by the SEC and the Commodity Futures Trading Commission. Registration does not imply a certain level of skill or training. Wahed does not intend to offer or solicit anyone to buy or sell securities in jurisdictions where Wahed is not registered or a region where an investment practice like this would be contrary to the laws or regulations. Any returns generated in the past do not guarantee future returns. All securities involve some risk and may result in loss. Any performance displayed in the advertisements or graphics on this site are for illustrative performances only.

Disclaimer: Wahed Technologies Sdn Bhd ("Wahed") is a Digital Investment Manager (DIM) licensee issued by Securities Commission Malaysia (eCMSL/ A0359/2019). It is part of Wahed Inc. Wahed is authorized to conduct a fund management business that incorporates innovative technologies into automated portfolio management services offered to clients under a license issued pursuant to Schedule 2 of the Capital Markets Services Act 2007. All investments involve risks, including the possibility of losing the money you invest, and the track record does not guarantee future performance. The history of returns, expected returns, and probability projections is provided for informational and illustrative purposes, and may not reflect actual future performance. Wahed is not responsible for liability for your trading and investment decisions. It should not be assumed that the methods, techniques, or indicators presented in this product will be profitable, or will not result in losses. The previous results of any trading system published by Wahed, through the Website or otherwise, do not indicate future returns by that system, and do not indicate future returns that will be realized by you.

Wahed Invest Limited is regulated by ADGM’s Financial Services Regulatory Authority (“FSRA”) as an Islamic Financial Business with Financial Services Permission for Shari’a Compliant Regulated Activities of Managing Assets and Arranging Custody [Financial Permission No. 220065]. Our ADGM Registered No. is 000004971. Wahed Invest Limited utilises Abu Dhabi Commercial Bank as its banking partner/custodian

Wahed assumes no obligation to provide notifications of changes in any factors that could affect the information provided. This information should not be relied upon by the reader as research or investment advice regarding any issuer or security in particular. Any strategies discussed are strictly for illustrative and educational purposes and should not be construed as a recommendation to purchase or sell, or an offer to sell or a solicitation of an offer to buy any security. Furthermore, the information presented may not take into consideration commissions, tax implications, or other transactional costs, which may significantly affect the economic consequences of a given strategy or investment decision. This information is not intended as a recommendation to invest in any particular asset class or strategy or as a promise of future performance.

There is no guarantee that any investment strategy will work under all market conditions or is suitable for all investors. Each investor should evaluate their ability to invest long term, especially during periods of downturn in the market. Investors should not substitute these materials for professional services and should seek advice from an independent advisor before acting on any information presented. Any links to third-party websites are provided strictly as a courtesy. We make no representation as to the completeness or accuracy of information provided at these websites nor do we endorse the content and information contained on those sites. When you access one of these websites, you are leaving our website and assume total responsibility and risk for your use of the third-party websites.

Share this post