Mencipta dunia bebas riba bersama
Jadilah sebahagian daripada sistem kewangan baharu yang dapat mengembangkan kekayaan melalui pelaburan patuh Syariah.
Labur untuk perkara yang bermakna untuk anda
Pelaburan yang paling bermakna untuk anda
Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza dalam hidup, kerjaya, kewangan dan lain-lain lagi. Binalah tabung anda khusus untuk merealisasikan matlamat anda dengan Wahed.
Hajj is really a once in a lifetime opportunity.
Kalkulator pelaburan ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Keputusan yang dijana oleh kalkulator ini mengambil kira tempoh masa yang anda masukkan untuk memberikan pulangan tahunan berdasarkan prestasi tahunan selama 10 tahun bagi Portfolio Sangat Konservatif, Sederhana, dan Sangat Agresif kami untuk tempoh April 2014 - April 2024. Prestasi sebenar portfolio mungkin lebih baik atau lebih buruk daripada ramalan kami. Secara ringkas, ini bermakna tiada hasil yang dijamin dan kami tidak dapat menjamin anda tidak akan kehilangan wang (termasuk wang permulaan anda).
apabila melabur dengan Wahed
Ini adalah bakal pelaburan anda
Saham global terutamanya dari pasaran maju di dunia. Ini adalah pelaburan yang pelbagai di seluruh sektor dan geografi dan secara amnya mengikuti gaya pelaburan nilai besar.
Saham pasaran membangun mampu memberikan potensi besar untuk perkembangan. Kelas aset ini datang dengan risiko yang lebih tinggi daripada saham pasaran maju, namun juga boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan pengeluaran ekonomi dan permodalan pasaran pasaran membangun.
Intipati Sukuk adalah untuk menyediakan instrumen beretika untuk pelaburan yang tidak melibatkan riba’ (faedah) dan gharar (ketidakpastian) yang berlebihan. Pemegang Sukuk mempunyai pemilikan ke atas aset dasar dan berhak untuk mendapatkan hasil daripada aset Sukuk, tidak seperti pemegang bon yang hanya layak untuk menerima hasil faedah daripada penerbit bon. Sukuk mesti didasarkan aset dan bebas faedah.
Komoditi sebagai kelas aset mempunyai kolerasi yang rendah dengan pasaran saham dan bon. Pada masa ini, hanya emas yang dipilih untuk mewakili kelas aset komoditi. Ini kerana emas memberi potensi yang baik untuk peningkatan modal jangka panjang dan bertindak sebagai pelindung inflasi.
Real estate investment trusts (REITs) as an asset class have had historically low correlation with stocks and fixed income. They provide the potential for long-term capital appreciation and act as an inflation hedge. Additionally, REITs regularly distribute net rental income.
Jawatankuasa Pelaburan
Bagaimana fungsi Wahed
Ia semudah membuka akaun, menetepkan tahap risiko anda, dan melaburkan dana anda — kami akan uruskan semuanya. Tiada borang, tiada perjumpaan dengan ejen, tanpa tekanan.