Sebelum Panik, Berhenti Seketika Dahulu.

Bila tengok nilai pelaburan jatuh, naluri kita memang nak buat sesuatu — biasanya, jual. Tapi sebelum panik, tarik nafas. Jom faham dulu apa yang sedang berlaku.

Market correction — atau pembetulan pasaran — adalah perkara biasa dalam dunia pelaburan. Ia berlaku bila harga saham jatuh mendadak (contohnya, 10% dalam masa 2 hari). Nampak menakutkan, tapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada kitaran pasaran dan tidak semestinya mencerminkan nilai sebenar pelaburan.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Baru-baru Ini?

Baru-baru ni, indeks S&P 500 jatuh lebih 10% dalam masa dua hari. Ini bukan kali pertama.

❗Rileks & Ambil Perhatian

Sebenarnya, ini cuma kali keempat dalam sejarah* benda ni berlaku. Kali-kali lain ialah:

  • Oktober 1987 (Black Monday)
  • November 2008 (Krisis Kewangan Global)
  • Mac 2020 (COVID-19)
  • Dan sekarang, April 2025 (Tarif Presiden Trump)
❗Rileks & Ambil Perhatian

Apa Jadi Selepas Itu?

Kalau tengok sejarah, selepas setiap kejatuhan besar ni, pasaran pulih dengan sangat kuat dalam 5 tahun seterusnya:

  • 1987 → naik +84%
  • 2008 → naik +137%
  • 2020 → naik +136%
  • 2025 → naik +?? %
❗Rileks & Ambil Perhatian
Pulangan telah dibetulkan untuk ketepatan. Sumber: S&P 500 (Investing.com)

Apa yang akan jadi lepas April 2025? Kita belum tahu — tapi sejarah menunjukkan peluang datang lepas kejatuhan, bukan semasa semua orang “selesa”.

Kenapa Ini Sebenarnya Baik Untuk Pelabur?

Sebab bila semua orang panik, harga jatuh — tapi nilai sebenar syarikat tak semestinya berubah. Pasaran bergerak ikut jangkaan, bukan realiti semasa.

Ramai fikir, “Aku jual sekarang, tunggu market okay baru masuk balik.” Tapi bila market nampak “okay,” selalunya ia dah naik semula. Anda akan terlepas peluang.

❗Rileks & Ambil Perhatian

Strategi Paling Berkesan?

Bukan ‘timing’ market. Tapi konsisten melabur, tak kira naik atau turun. Ini strategi yang terbukti kalahkan hampir semua percubaan nak ‘predict’ pasaran.

❗Rileks & Ambil Perhatian

Jadi bila orang lain panik, ambil masa untuk faham situasi dan kenal pasti peluang yang selari dengan matlamat anda. Jangan buat keputusan ikut emosi. Dalam pelaburan, yang tenang selalunya menang.

Nota
Semua maklumat berasaskan data terkini yang diperoleh daripada sumber yang dipercayai. Sila rujuk laman rasmi penyedia data kewangan utama untuk maklumat lanjut.
Penafian
Maklumat ini bertujuan untuk membantu anda memahami situasi pasaran dengan lebih baik. Ia bukan jaminan pulangan, dan bukan juga saranan untuk bertindak tanpa pertimbangan sendiri.