Apakah yang memadai untuk bersara?
Perancangan persaraaan merupakan aspek penting dalam kesejahteraan kewangan. Namun, ia seringkali tidak dititikberatkan dalam perbualan mengenai kewangan peribadi. Apabila kita memikirkan tentang hari tua, antara soalan penting yang perlu dipertimbangkan adalah: “Adakah pencen saya memadai untuk gaya hidup yang diinginkan selepas bersara?”
Persoalan ini datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya; “Berapa jumlah (wang) pencen yang dapat saya keluarkan?” atau “Berapa jumlah yang saya perlukan semasa bersara nanti?”
Mari kita terokai pertimbangan yang perlu diambil kira, termasuk memastikan jumlah persaraan yang memadai, peranan pencen kerajaan, simpanan persaraan swasta dan kemungkinan untuk bergantung kepada sokongan keluarga.

Menentukan apa yang cukup untuk persaraan
Adalah mencabar untuk menganggarkan jumlah yang mencukupi untuk persaraan, yang mana ia bergantung kepada keperluan individu. KWSP mencadangkan jumlah sebanyak RM600,000 sebagai simpanan yang mencukupi menjelang usia 55 tahun, yang membolehkan anda merancang persaraan yang stabil dan selesa pada masa hadapan. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira:
- Tanggungjawab kewangan untuk pasangan, anak-anak atau tanggungan lain.
- Perbelanjaan pendidikan anak-anak, seperti yuran pengajian.
- Pinjaman perumahan atau komitmen hutang lain yang belum selesai.
- Membeli polisi insurans baru jika anda tidak lagi mendapat liputan daripada pekerjaan sebelumnya atau anda telah mencapai had umur polisi yang sedia ada.
- Harga barang-barang akibat inflasi.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa anda tidak sepatutnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan pada hari pertama persaraan, oleh kerana, anda tidak memerlukan jumlah yang banyak pada masa persaraan. Kebarangkalian tinggi bahawa wang persaraan anda akan terus dilaburkan bersama KWSP, dan mungkin terus berkumpul - tidak termasuk jumlah yang anda tarik pada kadar yang anda pilih.
Peranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana persaraan utama di Malaysia yang membantu ahli mencapai persaraan yang selesa.
Anggaran simpanan persaraan selesa yang dikeluarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM600,000 membolehkan seseorang pencarum bujang menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, iaitu kira-kira RM2,500 sebulan. (Sumber: KWSP)
Ia sering tidak mencukupi untuk memenuhi ambang pendapatan persaraan yang disyorkan untuk ramai individu. Bergantung sepenuhnya kepada pencen negara boleh mengakibatkan jurang pendapatan yang besar, terutamanya bagi mereka yang biasa dengan taraf hidup yang lebih tinggi atau menghadapi belanja yang tidak dijangka.
Pada akhirnya, walaupun KWSP membantu kehidupan anda selepas persaraan, adalah disyorkan untuk melengkapinya dengan simpanan tambahan untuk persaraan dan sumber pendapatan lain untuk mengekalkan taraf hidup yang diinginkan.
Bergantung kepada Sokongan Keluarga

Ajaran Islam menekankan kepentingan menghormati ibu bapa, sepertimana disarankan dalam al-Quran;
“Dan beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan yang jauh, teman sejawat, ibnu al-sabil (orang yang terkandas dalam bermusafir) dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
(Surah An-Nisa, 4:36)
(Sumber: Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.)
Sementara mengharapkan sokongan keluarga semasa persaraan mungkin sejajar dengan ajaran Islam, namun harapan terhadap sokongan keluarga sepatutnya diiringi dengan penilaian realistik akan kebolehlaksanaan rancangan tersebut.
Komunikasi terbuka dan jujur bersama ahli keluarga mengenai rancangan dan harapan persaraan adalah penting. Perbincangan tentang perkara-perkara ini boleh membantu menyelaraskan pandangan dan memastikan bahawa sebarang sokongan yang diberikan dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang diinginkan dan tidak mengorbankan kesejahteraan diri dan keluarga.
Sokongan keluarga boleh menjadi tambahan yang berharga, tetapi ia bukan satu-satunya atau sumber utama pendapatan persaraan. Satu rancangan persaraan yang menyeluruh sepatutnya merangkumi pelbagai aliran pendapatan, seperti pencen dan simpanan peribadi. Pendekatan yang pelbagai ini bukan sahaja mengurangkan beban ke atas ahli keluarga tetapi juga memberikan lebih banyak kestabilan kewangan dan kemandirian semasa tahun-tahun emas anda.
Ingat, tidak pernah terlalu lewat untuk mula merancang dan menyimpan untuk persaraan. Sama ada anda baru memasuki alam pekerjaan atau hampir mencapai usia persaraan, perancangan kewangan yang proaktif adalah penting untuk memastikan persaraan yang selesa dan memuaskan.
Pelaburan Berdasarkan Matlamat
Di Wahed, kami memahami kepentingan membina portfolio persaraan yang kukuh melalui pelaburan yang patuh Syariah. Pelan Persaraan yang baru diperkenalkan membolehkan anda untuk melabur sumbangan pencen atau simpanan persaraan dalam pelbagai portfolio.
Nak mula merancang persaraan anda adalah mudah melalui aplikasi mesra pengguna kami, membolehkan anda mengawal pelaburan persaraan dan berpotensi menjamin masa depan kewangan yang selaras dengan kehendak anda.
