Sebagai Muslim, kami faham kepentingan pengendalian kewangan dengan cermat dan teliti. Kami memastikan setiap aspek pengendalian wang berlandaskan prinsip-prinsip Islam, termasuklah dalam penyimpanan, pelaburan, serta perbelanjaan.
Sepertimana kita tidak amanahkan wang kepada mereka tanpa pemeriksaan terlebih dahulu, kita perlu berwaspada dengan produk kewangan yang dilabel Islamik, Halal, atau patuh Shariah.
Dalam negara yang majoriti penduduknya Muslim, produk yang ditawarkan selalunya berbeza daripada produk konvensional. Sama seperti di Malaysia, di mana Islam adalah agama utama dan menyumbang hampir 64% daripada populasi penduduknya. Pelbagai produk ditawarkan termasuk Akaun Simpanan Islamik sehinggalah Gadai Janji berlandaskan Shariah.
Walaupun nampak sukar untuk memastikan ketulenan pengendalian kewangan berdasarkan Shariah, pengukuhan pemahaman mengenai prinsip-prinsip asas boleh dijadikan titik permulaan untuk mengambil kira produk yang diiklankan, dan tidak menerimanya begitu sahaja.
Memahami Patuh Shariah
Bagi memahami apa itu ‘Patuh Shariah’, amat penting untuk kita fahami prinsip-prinsip utama yang berlandasakan Al-Qur’an dan Sunnah, dan merupakan kerangka etika dan moral dalam setiap penglibatan wang Islam.

Larangan terhadap Riba (Faedah)
Antara prinsip utama dalam urusniaga berlandaskan Shariah termasuklah larangan terhadap riba, atau faedah.
Potongan Ayat yang terkandung dalam Al-Qur’an
وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟
"Allah telah membenarkan (menghalalkan) jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 275).
Jenis riba yang paling berleluasa merupakan tambahan kadar daripada urusniaga (transaksi) asal. Sebagai contoh, peminjaman RM1000 dengan bayaran semula sebanyak RM1100, sama ada telah dipersetujui semasa meminjam, atau penambahan kadar kerana melepasi tempoh pembayaran semula.
Kaedah mudah untuk menyaring sama ada transaksi itu berdasarkan riba atau tidak, adalah dengan memastikan sama ada ia pertukaran wang-untuk-wang, dengan pengecualian bagi pertukaran mata wang asing.
Larangan terhadap Gharar (Ketidakpastian)
Gharar merujuk kepada ketidakpastian melebih atau kekaburan dalam urusniaga.
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan: “Rasulullah (SAW) melarang urusniaga berdasarkan gharah, dan juga urusniaga hasah” (Tirmidhi 1230).
Urusniaga kewangan mestilah telus, dan tiada ruang untuk ketidakpastian. Urusniaga tersebut juga harus jauh daripada unsur-unsur perjudian atau aktiviti berteraskan spekulasi.
Sebagai contoh, seorang nelayan memilih untuk jual bilangan ikan tetap walaupun belum menangkapnya. Perkara ini merupakan ketidakpastian kerana bilangan ikan tidak dapat dipastikan dalam tempoh yang juga tidak dipastikan, termasuklah juga ketidakpastian dalam mutu ikan yang ditangkap itu.
Cara mudah untuk memastikan jika urusniaga ada unsur gharar adalah dengan memastikan sama ada lebih banyak soalan daripada jawapan tentang jual beli itu.
Larangan terhadap Maysir (Perjudian)
Maysir merupakan perjudian atau spekulasi, di mana keuntungan dikaut menerusi nasib.
Sebagai contoh, keuntungan yang dikaut menerusi pertaruhan dalam acara sukan.
Perbandingan yang sesuai di sini adalah persoalan mengenai perniagaan. Setiap perniagaan datang dengan risiko; membawa kepada persoalan sama ada ia dianggap sebagai maysir. Namun, dalam Al-Qur’an, terdapat kebenaran untuk berniaga, seperti yang telah diungkapkan:
وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟
"Allah telah membenarkan (menghalalkan) jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 275).
Larangan terhadap Perniagaan TIdak Halal
Sebagai Muslim, kami hidup berlandaskan Shariah, iaitu melaksanakan perkara yang diperintahkan, dan meninggalkan perkara yang ditegah dan membawa kemurkaan Allah SWT.
Dalam pada itu, wang kita tidak boleh disalurkan dalam perniagaan yang membawa kerosakan dalam masyarakat. Perniagaan ini termasuklah
- Tembakau
- Alkohol (minuman keras)
- Senjata
- Perjudian
- Pornografi dan pelacuran
- Makanan tidak halal
- Institusi riba
Perniagaan seperti di atas agak mudah untuk dipastikan. Nilai-nilai Shariah turut menggariskan bahawa hutang berlebihan tidak dibenarkan. Tahap hutang ini digariskan oleh badan-badan Shariah yang berbeza, dan mencapai kesimpulan yang berlainan berdasarkan hemat pakar-pakar Shariah sedia ada.
Perkongsian Risiko
Unsur penting dalam pematuhan Shariah adalah perkongsian risiko, atau perkongsian keuntungan dan kerugian, juga dikenali sebagai musharakah.
Ini bermakna kedua-dua pihak menanggung risiko bersama, dan keuntungan pada kadar yang telah ditetapkan. Perkara ini adalah bagi memastikan keadilan dan ekuit antara mereka yang terlibat (pemegang taruh).
Sebagai contoh, dua rakan memulakan perniagaan di mana seorang melaburkan RM6000, dan seorang lagi melaburkan RM4000. Nisbah di sini adalah 60/40, dan apabila keuntungan diagihkan, ia haruslah berdasarkan nisah ini.
Penerapan Prinsip Shariah di Malaysia
Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan negara terkenal dengan Industri Kewangan Islam yang berjaya. Namun, amat penting bagi pengguna untuk menilai produk dan servis yang ditawarkan dalam industri berkenaan.
Sebagai contoh, ada bank Islam atau produk pelaburan yang memberi pulangan tetap. Namun, adakah pulangan tetap ini dianggap sebagai sejajar dengan perkongsian risiko (musharakah) ataupun riba? Persoalan ini turut berkait sama ada simpanan sedia ada dilaburkan atau dipinjamkan kepada pengguna lain.
Sebagai Muslim, ia merupakan tanggungjawab untuk menilai perkara ini dengan baik, dan benar-benar memastikan bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan itu berlandaskan Shariah. Kita tidak perlu teragak-agak untuk bertanyakan dengan telus kepada bank-bank Islam, bagi mendapat jawapan dan keterbukaan dalam perniagaan.
Komitmen Wahed Terhadap Pematuhan Shariah
Di Wahed, jaminan pelaburan bebas-riba disertakan dengan pematuhan Shariah pada tahap tertinggi.
Portfolio kami disaring dengan teliti bagi memastikan aset dalamnya patuh Shariah. Proses penyaringan termasuklah kriteria kewangan dan bukan kewangan. Perkara ini adalah bagi memastikan syarikat yang berniaga dengan kami tidak terlibat dalam perniagaan yang dilarang, dan juga mencapai nisbah kewangan yang ditetapkan.
Kami juga mempunyai barisan ahli lembaga Penasihat Shariah yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kewangan Islam, yang sentiasa meneliti dan meluluskan produk pelaburan kami, berserta strategi-strategi yang diterapkan. Perkara ini bagi memastikan perniagaan kami berlandaskan Shariah.
Sebagai Muslim, ia merupakan tanggungjawab kita untuk peka dalam apa jua perkara, termasuklah menjadi pengguna yang bijak dalam aspek perniagaan dan kewangan. Dalam memahami dan menerapkan teras Shariah dalam perniagaan, kami dapat pastikan usaha tersebut mendapat keredhaan Allah SWT.
