Setiap kali masuk tahun baru — atau setiap hari Isnin pun — kita mesti pasang niat dan tetapkan azam. Sama ada nak turunkan berat badan, simpan duit, mula side hustle, atau habiskan buku yang dah lama tertangguh, semangat memang berkobar-kobar. Tapi kebanyakannya tak kekal lama pun.

Hakikatnya, kajian menunjukkan bahawa 92% orang gagal capai matlamat mereka, dan 23% dah pun berhenti dalam minggu pertama.

Kenapa Anda Susah Nak Capai Matlamat Sendiri?

Jadi, kenapa susah sangat nak kekal konsisten dan capai matlamat tu?

Keliru Antara Impian dan Matlamat

Ramai daripada kita tersilap langkah dari awal lagi — dengan menyamakan impian sebagai matlamat. Impian ialah sesuatu yang kita harapkan — kerjaya yang lebih baik, tubuh yang lebih sihat, atau kebebasan kewangan. Tapi matlamat pula adalah sesuatu yang spesifik, boleh diukur, dan ada tindakan jelas. Bezanya seperti berkata, “Saya nak sihat” berbanding “Saya akan berjoging 30 minit, tiga kali seminggu.”

Seperti kata Napoleon Hill:

“Matlamat ialah impian yang ada tarikh luput.”

Ahli psikologi Gabriele Oettingen mendapati, terlalu banyak berangan tanpa merancang sebenarnya mengurangkan peluang untuk berjaya. Sebab apa? Sebab bila kita khayal sangat dengan kejayaan, otak kita dah rasa puas — seolah-olah kita dah pun capai apa yang dihajati. Tapi realitinya, tanpa pelan, impian hanya tinggal angan-angan.

Kenapa Matlamat Selalu Gagal?

Bila dah tetapkan matlamat, semangat awal memang tinggi. Tapi lepas tu? Perlahan-lahan pudar. Salah satu sebab utama: matlamat yang terlalu umum atau kabur. Contohnya “nak makan lebih sihat” atau “nak mula menyimpan” — bunyi bagus, tapi otak kita perlukan struktur yang jelas untuk ikut.

Satu lagi sebab biasa ialah motivasi yang cepat hilang. Kita mula dengan semangat, tapi bila perlu usaha lebih atau tak nampak hasil sebab terlalu kecil, kita terus hilang minat. Motivasi ni macam gula — cepat naik, cepat turun. Tanpa sistem yang bantu kekalkan momentum, kita akan berhenti separuh jalan.

Lagi satu, psikologi kita sendiri pun jadi penghalang. Kita memang cenderung pilih ganjaran jangka pendek — fenomena ini dipanggil present bias. Ahli sains tingkah laku Katy Milkman kata, kita selalu anggap versi masa depan diri kita tu orang asing — kita serah kerja susah dan disiplin pada “nanti”, yang akhirnya tak jadi apa-apa. Sebab tu la procrastinate menang.

Dan jangan lupa planning fallacy — kita selalu fikir benda akan jadi cepat dan mudah. Kita fikir “kali ni lain,” tapi hakikatnya masa dan tenaga tak pernah cukup macam yang kita bayangkan.

Paling penting sekali — ramai tak buat pelan tindakan sebenar. Cakap nak mula bersenam tu senang, tapi kalau tak jadualkan waktu, siapkan pakaian, atau pilih jenis senaman — besar kemungkinan kita akan give up sebelum mula pun.

Macam Mana Nak Kekal Konsisten?

Berita baik: Nak capai matlamat tak perlukan kuasa ajaib. Tapi perlukan strategi yang bijak dan terbukti berkesan.

Berikut 4 cara yang disokong kajian:

1. Guna Teknik If-Then

Teknik ini diperkenalkan oleh ahli psikologi Peter Gollwitzer. Ia mengubah niat umum jadi tindakan spesifik. Contohnya: “Jika jam menunjukkan  pukul 7 pagi pada hari bekerja, saya akan keluar berjalan.”  Kajian menunjukkan cara ni boleh gandakan atau tiga kali ganda peluang untuk berjaya.

2. Tumpang Tabiat Lama

Diambil daripada buku bestseller Atomic Habits oleh James Clear — rahsianya ialah kaitkan tabiat baru dengan rutin lama. Contoh: Kalau anda memang bancuh kopi setiap pagi, jadikan ia pencetus: “Lepas bancuh kopi, saya akan tulis jurnal.” Lagi biasa rutin tu, lagi senang nak kekalkan konsisten.

3. Cari Partner untuk Akauntabiliti

Kongsi matlamat anda dengan seseorang. Lagi bagus kalau ada check-in secara berkala. Kajian oleh American Society of Training and Development (ASTD) menunjukkan, anda ada 65% peluang untuk capai matlamat bila komited dengan seseorang — dan 95% peluang kalau anda ada sesi semakan secara berkala.

4. Kaitkan Matlamat dengan Identiti Diri

Kalau nak perubahan kekal, jadikan matlamat sebagai sebahagian daripada siapa diri anda. Jangan cakap “Saya cuba nak menulis,” tapi sebut “Saya seorang penulis.” Menurut James Clear, bila sesuatu jadi identiti anda, tingkah laku anda pun akan ikut.

Kalau Bab Pelaburan Pula?

Secara jujurnya — nak jejak matlamat kewangan secara manual memang susah.

Tapi anda hanya perlukan satu perkara: sistem yang memudahkan.

Dan di sinilah Goal Planner Wahed memainkan peranan.

Kita semua sibuk. Hidup penuh halangan. Walaupun ada niat dan semangat, kadang-kadang kita memang terlupa atau hilang fokus.

Goal Planner ini mudahkan semuanya. Masukkan matlamat anda. Tetapkan jumlah dan tarikh. Aplikasi akan terus kira berapa anda perlu simpan setiap bulan. Anda pun boleh automate simpanan dengan deposit berkala — tanpa perlu guna Excel atau kira kepala sendiri.

Tak kisah sama ada anda nak simpan untuk Umrah, pendidikan anak, atau ketenangan kewangan —  sistem ini  membantu anda kekal konsisten dan teratur.

🎯 Cuba Goal Planner hari ini — dan ambil langkah pertama menuju matlamat kewangan anda.

Kalau anda pernah rasa susah nak kekal dengan matlamat anda, anda tak keseorangan. Masalahnya bukan sebab anda malas — tapi sebab tiada struktur yang jelas. Impian yang kabur, motivasi yang cepat hilang, dan perancangan yang tak realistik memang perangkap biasa.

Tapi dengan strategi yang betul, anda boleh bina sistem yang bantu anda capai kejayaan.

Ingat: anda tak akan naik setinggi matlamat anda — anda akan jatuh ke tahap  sistem yang anda bina.

Jadi hentikan angan-angan semata-mata. Mulakan perancangan. Dan bina tabiat yang akan bawa anda ke garisan penamat.